Monday, March 19, 2007

Caesarean Section

Sejak kebelakangan ni, aku ada byk masa utk menulis. Alhamdulillah. MO dah bertambah seorang lagi, bermakna berkurang oncall aku dlm sebulan. Dan ini bermakna, lebih byk masa ada di rumah. Anakku pula dah mencecah 1 1/2 tahun. Memang tgh ligat. Geli hati melihat keletahnya. :) Ada saja idea di otak kecilnya. Contohnya petang tadi nenek dia merungut dia terbalikkan mesin urut kepunyaan toknya utk dijadikan gelungsur. Akupun tak pernah terfikir sebegitu..

Pertama kali aku melihat pembedahan caesarean atau pembedahan bersalin ini adalah semasa aku menjadi medical student. Pada masa itu aku tak berapa ingat sangat prosedurnya. Tak terlintas langsung di dlm kepala ini utk aku sendiri melakukan pembedahan caesarean. Pada masa itu aku cukup tak suka masuk ke dewan bedah. Bila menjadi house officer atau pegawai perubatan pelatih, jabatan obstetriks dan ginekologi merupakan salah satu posting yg wajib utk dimasuki. Justeru utk terlibat dalam pembedahan caesarean adalah perlu.

Pun begitu aku masih tidak gemar utk masuk ke dewan bedah. Namun sebab salah satu syarat utk lulus posting perlu membantu dlm melakukan pembedahan caesarean serta diberi peluang utk melakukannya sendiri di bwh pengwasan MO (pegawai perubatan). Namun aku tidak pernah menerima tawaran MO utk melakukan caesarean. Aku tak sanggup. Dan dalam kepalaku memang aku tak ingin menjadi MO dlm bidang O&G.

Namun, kita hanya mampu merancang, Allah jualah Maha Perancang dan menentukan kehidupan kita. Pabila daku diarahkan utk bertugas di Hospital Manjung, aku tiada pilihan melainkan terpaksa menjadi pegawai perubatan O&G memandang pada masa itu tak cukup doktor. Aku menerima dgn redha. Masih ku ingat kata2 Dr Tan Chew Khang (ketua jabatan O&G) yg memberi semangat kpdku serta dgn penuh confident dia mengatakan MO dia sebelum ini tidak pernah meninggalkan posting ini melainkan melanjutkan pelajaran utk master di dlm bidang ini, dan aku tidak terkecuali. Ternyata kata2nya benar setelah 4 tahun aku berada di jabatan ini serta telah memohon utk melanjutkan pelajaran dlm bidang ini.

Bayangkan di hari kedua aku melaporkan diri aku dipanggil oleh Dr TAn utk naik ke dewan bedah dan melakukan pembedahan Caesarean bersamanya. Aku benar2 panik... Alamak... mana pernah aku buat pembdahan ini???!! Sekadar membantu adalah! Aku diberikan scapel dan Dr Tan berada bertentangan dgn ku utk membantu. Aku benar2 kaget.

Dengan lafaz bismillah aku pun melakukannya dn jantung yg berdebar2 dan tangan terketar. Aku menandakan di bahagian perut wanita itu dan kemudian memulakan pembedahan. Mula2 aku akan memotong lapisan kulit dan seterusnya lapisan lemak sehingga sampai ke bahagian rectus sheath (lapisan ibarat karung di dlm lapisan perut). Apabila di rectus sheath aku akan memotong rectus sheath itu dgn gunting supaya lapisan daging rectus abdominis terdedah keluar. Daging ini kemudiannya dipisahkan dan seterusnya tiba di bahagian peritoneum (bahagian dalam perut) maka akan kelihatan uterus (rahim). Rahim ini kemudiannya dipotong sehingga lapisan nipis dan kemudian kawasan potongan ini akan dibuka dgn 'artery'(seperti gunting yg tumpul) supaya bahagian bayi dalam rahim itu tidak tercedera. Seterusnya karung bayi akan kelihatan. Kawasan yg nipis tadi seterusnya digunting supaya agak lebar dan muat bagi bayi utk keluar melalui potongan itu. Karung bayi itu seterusnya dipecahkan dan kepala bayi di pegang dan dikeluarkan drp rahim si ibu. Seterusnya uri dikeluarkan. Setelah itu kawasan potongan di rahim itu di tangkap menggunakan sejenis instrumen supaya pengaliran darah dpt dikurangkan dan rahim itu dijahit dlm dua lapisan. Pada masa ini adalah penting kerana masa inilah pendarahan berlaku dgn byk.. Setelah rahim dijahit, lapisan2 tadi seperti rectus sheath dan kulit akan dijahit semula. Bunyinya agak mudah bukan? Namun aku aman kaget pada mula2 aku melakukan pembedahan caesarean. Mujur Dr Tan ada bersama dgn sabar utk menunjuk ajarku.

Sekarang, pembedahan Caesarean dah jadi salah satu bahagian daripada diri saya. Lebih daripada 1000 kes telah dibedah. Namun kadang kala berlaku juga masalah seperti pendarahan, rahim tidak kecut, perlekatan fibros akibat drp pembedahan lampau dan macam2 lagi. Bak kata salah seorg drp MO every Caesarean is different,you will never expect what you are going to face in each case. Yes, and it is true.....

Saturday, March 17, 2007

Jonah


Aha... ini perkataan yg aku pelajari semasa aku menjadi doktor. Masa mula2 aku dengar perkataan ini aku tak faham apa maknanya. Rupa-rupanya maksudnya, kalau seseorang itu dilabel jonah maknanya dia tu 'murah rezeki'. Bila dia oncall, akan ramailah pesakit yg datang. Akan macam2 kes akan akan dijumpa. Itu maksud jonah rupanya. Entah siapa pencipta perkataan ini dan asal-usul perkataan ini dari mana akupun tak tahu. Namun perkataan ini digunapakai dan diterima oleh kami di kalangan kakitangan hospital.

Aku telah dilabel jonah sejak aku menjadi doktor pelatih lagi. Lazimnya staff nurse selalu takut kalau aku oncall. Penyakit jonah ini terbawa sehingga la ke hari ini. Sekarang ini, bukan sekadar staff nurse sahaja yg takut kalau aku oncall, doktor paediatrik (dr kanak2) dan doktor bius pun susah hati kalau aku oncall. Apa taknya, kes akan banyak masuk. Dan kes2 itu bukan kes2 biasa je, ada je masalah lain bersama. Psakit darah tinggi, bayi pra matang la, bayi lemas, bayi sudah buang air besar dlm perut la dan macam lagi. Kes2 yang akan di bedahpun banyak juga. Sbb tu doktor bius pun susah hati kalau aku oncall.

Dan kadang2 pembedahan itu ada je masalahnya. Turun darah la, sesak nafas la.. macam2... Kalau tanya orang2 kat sini siapa pegang rekod buat pembedahan caesarean terbanyak satu hari, ternyata akula pemegang rekodnya. Aduh! LEtih....

Tapi aku redha. Mungkin ini adalah satu latih tubi bagi aku dalam persediaan utk menjadi pakar. Serta supaya rezeki yg aku dapat adalah halal dan berbaloi dgn tugas yg ku lakukan. Dan aku gembira melakukannya. It is a great satisfaction to me....

Tuesday, March 13, 2007

Kejatuhan nilai sosial ummah

Sepanjang dua minggu ini, benar2 merisaukan benakku. Kes-kes hubungan seks sebelum kahwin semakin menjadi2. Bayangkan dalam tempoh dua minggu ini sebanyak 6 kes rogol masuk ke wad. 5 daripadanya bawah umur ( iaitu bawah 18 tahun). Dan kesemuanya bukan kes rogol yang sebenar. Sekadar report polis sebab ibu bapa tahu perihal hubungan seksual itu ataupun ditinggalkan kekasih pujaan hati setelah mahkota peribadi di ratah dengan kerelaan diri.

Kemuncak kes-kes itu di mana salah seorg telah melahirkan anak luar nikah dan anak itu mati. Na'uzubillahi min zalik! Rasa tak percaya benak ini utk menerima. Rasa marah, geram, risau semua ada. Selama ini kes2 sebegitu hanya dibaca melalui suratkhabar ataupun dilihat melalui kaca TV. Ini depan mata sendiri!

Apa nak jadi dengan anak bangsa masa kini? Teringat anak kecil perempuanku di rumah... Bagaimanakah keadaannya 10 thn atau 20 tahun akan dtg? Bayangkan pelajar tingkatan satu sudah boleh melakukan hubungan seks. Cerita mengenai seks tanpa segan silu. Tanpa rasa sekelumit bersalahpun. Tanpa rasa malu untuk memberitahu bahawa dirinya sudah kehilangan dara! MasyaAllah... Apa nak jadi.... Yang lebih memilukan hati daripada 6, lima daripadanya adalah yang mengaku dirinya Muslim. Ah.. di mana letaknya iman.. Di mana nilai Islam dalam diri mereka ini? Runtun hati ini apabila seorg doktor Cina bertanya kepadaku tentang nilai2 Islam itu. Sedangkan dia seorg yg bukan ISlam pun tahu bahwa seks diluar pernikahan adalah haram... apatah lagi kita yg mengucap dua kalima syahadah ini??!!

Ahh.. Aku cukup risau... Risau terutama tentang generasi akan dtg.. DImanakah puncanya? Apa yg perlu ku lakukan utk menyelamat kemelut ini melanda umat ini pada masa akan dtg.. anak2 perempuan daripada merosakkan diri serta anak2 lelaki daripada merosakkan anak dara org....

Di situ aku melihat dgn penuh kekaguman bagaimana kedua ibu dan ayahku mampu memelihara 5 org anak dan dpt faham akan nilai2 ISlam serta betul2 menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. Baru ku faham betapa tegasnya kedua ibubapaku dlm melarang hubungan bebas diantara bukan muhrim. Betapa mereka tidak langsung memberi kebebasan kpd anak2 dara mereka semasa mereka masih muda dulu.. Kini aku bersyukur.. dan bertafakur...