Tuesday, May 23, 2006

Kasih Ibu

Lama sungguh tak menulis blog ni. Minta maaf kepada yang menunggu. Nak kata sibuk, tak juga sibuk tapi tak jumpa masa yang sesuai nak menulis.

Bila melihat orang lain masa hujung minggu dapat bersama keluarga dan waktu malam dapat tidur bersama anak tersayang, tapi aku??!! Kadang-kadang kat hospital, bekerja!! Timbul perasaan bercampur baur. Sedih ada, marah ada, jeles pun ada, takut pun ada. Isk.. boleh ke aku menjdai mak yang solehah ni? Kadang-kadang timbul dalam fikiran, kenapa aku menjadi seorang doktor? Takdir? Cita-cita? Terpaksa? Namun setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Maka ku pujuk jiwa kecilku ini supaya redha.

Tatkala melihat pesakit, perasaan itu hilang dan jadi bersemangat untuk bekerja dan melakukan yang terbaik untuk mereka. Apa beza jabatan perbidanan ni dengan bahagian lain dalam dunia perubatan? Mudah saja. Di jabatan kami membantu orang sihat dan juga yang sakit, bersalin. Kami perlu menjaga 2 nyawa dalam satu masa! Ibu dan juga anak dalam kandungannya. Kebanyakan yang datang tiada berpenyakit, cuma datang untuk memastikan anak yang dilahirkan sihat serta dirinya juga sihat setelah bersalin. Seronok melihat wajah para ibu selepas bertarung nyawa untuk bersalin itu berubah tatkala melihat wajah anak kecilnya. Semua kesakitan terus dilupakan tatkala melihat wajah comel bayi yang baru dilahirkan mereka.

Justeru mengingatkan daku tatkala melihat proses bersalin buat kali pertama di Hospital Universiti. Masa tu dalam tahun pertama. Tengah excited utntuk melihat orang bersalin. Maklumla tak pernah tengok seumur hidup... Yang pernah hanya melalui cerita di kaca televisyen entahkan benar ataupun tidak.

Tatkala melangkah hendak memasuki dewan bersalin itu terdengar suara pekikan yang kuat. Aku berserta 4 orang kawan yang lain saling berpandangan. Masing-masing nampak pucat. Siapa yang menjerit tu? Lalu kami dibawa untuk melihat seorang pesakit. Pesakit itu merupakan bakal ibu yang akan melahirkan anak sulung tengah mengalami kontraksi. Setiap kali kontraksi beliau akan menjerit kesakitan. " ABANGGGG!!!! MAK!!! AYAH!!!! TOLONGGGG!!!" Staff nurse di situ mengajar pesakit berkenaan supaya bertenang dan mengucap selawat serta mengingati Allah. NAmun pesakit itu masih menjerit kesakitan.
Kami semua jadi kecut perut. Masing2 dlm memendam perasaan masing2. Isskkk!! Macam ni ke sakit bersalin??? Macam ni ke mak aku dulu sakit bersalin?? Aduhai... SAkitnya... Walaupun tak merasainya pada masa itu, namun daripada raut wajah pesakit itu terbayang betapa sakitnya proses kelahiran itu.

Kami sedia menanti di sisi pesakit itu. Seorang doktor datang memeriksa pesakit berkenaan dan memberitahu pesakit utuk meneran. Maksud di sini pintu rahimnya sudah terbuka penuh dan bayi dalam kandungan perlu dikeluarkan. Kami melihat staff2 di situ memberi dan melontarkan kata2 semangat kepada pesakiit utntuk meneran. Pesakit itu meneran sekuat2 hatinya sambil menjerit kesakitan. Aduh terasa perit sungguh. Tatkala melihat kepala bayi di pintu rahim kami semua menjadi excited lalu menyuruh pesakit itu meneran sekuat2 hatinya. Sekali lagi darahku tersirap pabila melihat doktor itu menggunting bahagian bawah salur peranakan untuk memudahkan bayi itu keluar melihat dunia. Isskkk... tentu sakit. Kemudian kepala bayi itu keluar perlahan2 dari salur itu. dan akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki yang comel ke dunia ini.

Tatkala bayi itu ditunjukkan kepada si ibu, muka ibu yang tadi penuh derita menahan sakit terus tersenyum seakan2 tidak pernah mengalami kesakitan sebelum ini. Seakan2 hilang terus rasa sakit itu. Subhanallah! BEgitulah kasih seorang ibu. Aku dan kawan2 mempunyai perasaan yang bercampur baur. Ada yang hampir pitam melihat kesakitan si ibu serta darah yang keluar! Aku?? Aku pula bertekad untuk tak nak berkahwin dan melahirkan anak! Tak sanggup rasanya nak melalui proses bersalin itu.(Ni perasaaan masa tu) Terkenangkan mak di rumah. Betapa kagum dan berterima kasihnya aku kepada mak yang telah berjaya melahirkan kami 5 beradik dan membesarkan kami sehingga tahap ini. Itu baru sakit bersalin. Proses pembesaran pulak tentu lebih banyak dugaan membesarkan kami yang nakal dan degil ni. TERIMA KASIH MAK. WE LOVE YOU.