Monday, February 26, 2007

Tak tahu nak tulis apa..

Aduh... Sungguh lama tak menulis. Ikutkan byk je cerita. Namun timbul dlm benak, berbaloikah aku menulisnya? Adakah cerita itu menarik? Atau adakah org rasa diriku menunjuk2. Hmm... Ini membuatku terbantut utk menulis. Ahhh... pedulikan apa org kata. Janji dgn menulis ini dapat aku mencoretkan pengalamanku. Agar boleh ku simpan di persada multimedia. Mana tahu aku akan hilang ingatan? Atau sudah tidak mampu lg mengingati detik2 manis sewaktu bekerja?

Hari ini dah seminggu habis raya cina. Doktor pakar yg aku panggil bos sudah selesai bercuti dan dtg menjalankan tugasnya. Pagi2 seperti biasa kami akan buat round. Biasanya akan bermula di dewan bersalin dan kemudian ke wad. Dari satu bilik ke satu bilik, dari satu katil ke katil yg lain, bertemu dgn pesakit, membincangkan masalah pesakit serta cara rawatannya. Rutinnya akan ada perdebatan, perbincangan dan percanggahan pendapat dalam merangka rawatan bg seseorg pesakit. Kesemua rawatan akan mengikuti protokol yg sudah digaris dan digunapakai oleh mana2 doktor di dunia. Asalkan pesakit serta bayi yg dikandung selamat.

Macam2 jenis pesakit ada. Ada yg sekadar dtg utk sakit bersalin biasa tanpa ada penyakit lain. Ada yg kencing manis semasa mengandung, ada pula yg darah tinggi, ada juga yg mempunyai kedua2 darah tinggi dan kencing manis, ada yg uri bawah, ada yg mengadu anak kurang gerak, ada yg keguguran, ada yg mengalami alahan mengandung yg teruk dan ada yg lelah. Macam2. Namun itu adalah yg biasa. Ada juga yg luar biasa penyakitnya hari ni. Pesakit itu dtg dgn jantung berdebar2 dan berdenyut laju.

Setelah selesai melihat pesakit bos aku panggil kami semua berkumpul. Beliau tahu yg kami semua akan mengambil peperiksaan MRCOG minggu depan. Dgn penuh motherly dia tanya tentang preparation kami (kami semua tak prepare berabis!!) Dia tahu situasi bila dah keje ni cukup malas belajar. Aduh! Tertunduk malu rasanya sedangkan dia dahulu amat rajin sekali. Dia juga tak lupa wish all of us best of luck. Namun, betul ke konsep tawakal aku ni sedangkan preparation ala kadar je??? Adus....

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hi kak ham.... best je cerita kak ham ni...good luck for your MRCOG. mem and anuar - kch

9:34 AM  
Blogger Hamsatul Azlina said...

:) Terima kasih. Good wishing and good luck are really needed in passinh the xm. How's life over there? Any child in progress??

11:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

;) i've change my profession already.
im a lecturer in UNIMAS now. anuar still jadi MO kat ortho. child...:( still waiting, striving, and praying for my second preganacy.I had a miscarriage couple of month ago. so sad.... doakan kami.

2:22 PM  

Post a Comment

<< Home