Monday, March 19, 2007

Caesarean Section

Sejak kebelakangan ni, aku ada byk masa utk menulis. Alhamdulillah. MO dah bertambah seorang lagi, bermakna berkurang oncall aku dlm sebulan. Dan ini bermakna, lebih byk masa ada di rumah. Anakku pula dah mencecah 1 1/2 tahun. Memang tgh ligat. Geli hati melihat keletahnya. :) Ada saja idea di otak kecilnya. Contohnya petang tadi nenek dia merungut dia terbalikkan mesin urut kepunyaan toknya utk dijadikan gelungsur. Akupun tak pernah terfikir sebegitu..

Pertama kali aku melihat pembedahan caesarean atau pembedahan bersalin ini adalah semasa aku menjadi medical student. Pada masa itu aku tak berapa ingat sangat prosedurnya. Tak terlintas langsung di dlm kepala ini utk aku sendiri melakukan pembedahan caesarean. Pada masa itu aku cukup tak suka masuk ke dewan bedah. Bila menjadi house officer atau pegawai perubatan pelatih, jabatan obstetriks dan ginekologi merupakan salah satu posting yg wajib utk dimasuki. Justeru utk terlibat dalam pembedahan caesarean adalah perlu.

Pun begitu aku masih tidak gemar utk masuk ke dewan bedah. Namun sebab salah satu syarat utk lulus posting perlu membantu dlm melakukan pembedahan caesarean serta diberi peluang utk melakukannya sendiri di bwh pengwasan MO (pegawai perubatan). Namun aku tidak pernah menerima tawaran MO utk melakukan caesarean. Aku tak sanggup. Dan dalam kepalaku memang aku tak ingin menjadi MO dlm bidang O&G.

Namun, kita hanya mampu merancang, Allah jualah Maha Perancang dan menentukan kehidupan kita. Pabila daku diarahkan utk bertugas di Hospital Manjung, aku tiada pilihan melainkan terpaksa menjadi pegawai perubatan O&G memandang pada masa itu tak cukup doktor. Aku menerima dgn redha. Masih ku ingat kata2 Dr Tan Chew Khang (ketua jabatan O&G) yg memberi semangat kpdku serta dgn penuh confident dia mengatakan MO dia sebelum ini tidak pernah meninggalkan posting ini melainkan melanjutkan pelajaran utk master di dlm bidang ini, dan aku tidak terkecuali. Ternyata kata2nya benar setelah 4 tahun aku berada di jabatan ini serta telah memohon utk melanjutkan pelajaran dlm bidang ini.

Bayangkan di hari kedua aku melaporkan diri aku dipanggil oleh Dr TAn utk naik ke dewan bedah dan melakukan pembedahan Caesarean bersamanya. Aku benar2 panik... Alamak... mana pernah aku buat pembdahan ini???!! Sekadar membantu adalah! Aku diberikan scapel dan Dr Tan berada bertentangan dgn ku utk membantu. Aku benar2 kaget.

Dengan lafaz bismillah aku pun melakukannya dn jantung yg berdebar2 dan tangan terketar. Aku menandakan di bahagian perut wanita itu dan kemudian memulakan pembedahan. Mula2 aku akan memotong lapisan kulit dan seterusnya lapisan lemak sehingga sampai ke bahagian rectus sheath (lapisan ibarat karung di dlm lapisan perut). Apabila di rectus sheath aku akan memotong rectus sheath itu dgn gunting supaya lapisan daging rectus abdominis terdedah keluar. Daging ini kemudiannya dipisahkan dan seterusnya tiba di bahagian peritoneum (bahagian dalam perut) maka akan kelihatan uterus (rahim). Rahim ini kemudiannya dipotong sehingga lapisan nipis dan kemudian kawasan potongan ini akan dibuka dgn 'artery'(seperti gunting yg tumpul) supaya bahagian bayi dalam rahim itu tidak tercedera. Seterusnya karung bayi akan kelihatan. Kawasan yg nipis tadi seterusnya digunting supaya agak lebar dan muat bagi bayi utk keluar melalui potongan itu. Karung bayi itu seterusnya dipecahkan dan kepala bayi di pegang dan dikeluarkan drp rahim si ibu. Seterusnya uri dikeluarkan. Setelah itu kawasan potongan di rahim itu di tangkap menggunakan sejenis instrumen supaya pengaliran darah dpt dikurangkan dan rahim itu dijahit dlm dua lapisan. Pada masa ini adalah penting kerana masa inilah pendarahan berlaku dgn byk.. Setelah rahim dijahit, lapisan2 tadi seperti rectus sheath dan kulit akan dijahit semula. Bunyinya agak mudah bukan? Namun aku aman kaget pada mula2 aku melakukan pembedahan caesarean. Mujur Dr Tan ada bersama dgn sabar utk menunjuk ajarku.

Sekarang, pembedahan Caesarean dah jadi salah satu bahagian daripada diri saya. Lebih daripada 1000 kes telah dibedah. Namun kadang kala berlaku juga masalah seperti pendarahan, rahim tidak kecut, perlekatan fibros akibat drp pembedahan lampau dan macam2 lagi. Bak kata salah seorg drp MO every Caesarean is different,you will never expect what you are going to face in each case. Yes, and it is true.....

16 Comments:

Blogger Amalina said...

Salam perkenalan,
Seorg colleague introducekan blog you ni pada sy. Colleague tu sedang pregnant 1st child dan curious sgt nk tau pengalaman mengandung n beranak, so she found your blog. Nice blog, thanx for sharing your experience as O&G MO. Especially this title, I was imagining what happened to me last 3 yrs when I had c-sect while reading this blog. I was half awake, could hear some of the Dr.s words. Especially yg tk boleh nak lupa masa nak kena jahit balik. I rasa Dr. baru yg jahitkan with supervision by senior Dr. I dengar senior Dr. tu ckp pd Dr. yg jahit perut I,' Haa... you dah buat 2 lubang',.....? Apa maksud tu? Sebab tu ke parut I jadi teruk? Ada org yg pernah c-sect, tak nampak parut pun, tak tau pun yg dia kena c-sect. Betul ke? Ada beza sampai mcm tu ke? I'm just curious.

8:47 AM  
Blogger Hamsatul Azlina said...

Salam perkenalan juga...

Pengalaman daripada org yg telah menjalani pembedahan caesarean tu semestinya berbeza dgn pengalaman org yg membedah. Terutamanya yg menjalaninya under bius separuh atau spinal anaesthesia. Sebab pesakit tu boleh dengar dan rasa apa yg doktor tgh buat, cuma tak leh nampak je. Kalau nampak kot ada lak yg pengsan.. :) Tu pun yg rasa pun ada yg takut sampai heart rate naik sampai 130! Maybe lubang yg dimaksudkan tu adalah jahit yg tak rapat atau tercedera mana2 bahagian semasa operation tu. Utk pengetahuan awak, parut tu terbentuk lebih kpd jenis kulit. Ada setengah kulit prone nak dpt keloid scar atau parut timbul yg nampak hodoh.Ada yg tak, di mana parutnya smooth dan cantik je. Parut tu juga bergantung kpd material yg digunakan semasa menjahit. Ada yg mengatakan kalau jahit terlalu rapat pun scar tak berapa cantik.Anyway t akde study yg approved kan benda ni. Yg pasti jenis kulit atau infection yg boleh sbbkan parut tu hodoh. Harap u puas hati dgn explaination ni. Kalau tak.. just message me again..

12:14 AM  
Blogger Hamsatul Azlina said...

Salam perkenalan juga...

Pengalaman daripada org yg telah menjalani pembedahan caesarean tu semestinya berbeza dgn pengalaman org yg membedah. Terutamanya yg menjalaninya under bius separuh atau spinal anaesthesia. Sebab pesakit tu boleh dengar dan rasa apa yg doktor tgh buat, cuma tak leh nampak je. Kalau nampak kot ada lak yg pengsan.. :) Tu pun yg rasa pun ada yg takut sampai heart rate naik sampai 130! Maybe lubang yg dimaksudkan tu adalah jahit yg tak rapat atau tercedera mana2 bahagian semasa operation tu. Utk pengetahuan awak, parut tu terbentuk lebih kpd jenis kulit. Ada setengah kulit prone nak dpt keloid scar atau parut timbul yg nampak hodoh.Ada yg tak, di mana parutnya smooth dan cantik je. Parut tu juga bergantung kpd material yg digunakan semasa menjahit. Ada yg mengatakan kalau jahit terlalu rapat pun scar tak berapa cantik.Anyway t akde study yg approved kan benda ni. Yg pasti jenis kulit atau infection yg boleh sbbkan parut tu hodoh. Harap u puas hati dgn explaination ni. Kalau tak.. just message me again..

12:14 AM  
Blogger Hamsatul Azlina said...

Salam perkenalan juga...

Pengalaman daripada org yg telah menjalani pembedahan caesarean tu semestinya berbeza dgn pengalaman org yg membedah. Terutamanya yg menjalaninya under bius separuh atau spinal anaesthesia. Sebab pesakit tu boleh dengar dan rasa apa yg doktor tgh buat, cuma tak leh nampak je. Kalau nampak kot ada lak yg pengsan.. :) Tu pun yg rasa pun ada yg takut sampai heart rate naik sampai 130! Maybe lubang yg dimaksudkan tu adalah jahit yg tak rapat atau tercedera mana2 bahagian semasa operation tu. Utk pengetahuan awak, parut tu terbentuk lebih kpd jenis kulit. Ada setengah kulit prone nak dpt keloid scar atau parut timbul yg nampak hodoh.Ada yg tak, di mana parutnya smooth dan cantik je. Parut tu juga bergantung kpd material yg digunakan semasa menjahit. Ada yg mengatakan kalau jahit terlalu rapat pun scar tak berapa cantik.Anyway t akde study yg approved kan benda ni. Yg pasti jenis kulit atau infection yg boleh sbbkan parut tu hodoh. Harap u puas hati dgn explaination ni. Kalau tak.. just message me again..

12:14 AM  
Blogger Amalina said...

Salam,
Thanx for your explanation. Puas hati dpt explanation dari Dr. sendiri, kalau tak dengar lain org ckp lain. Anyway, maybe jenis kulit I senang nk jadi scar.... sebab byk lemak ke:D. Tapi kalau sbb infection risau jugak, takut affect next pregnancy. Selalu jugak rasa gatal2 pd area jahitan tu, eventhough dah 3thn+ lepas. Mcm mana nak pastikan? Tapi lepas beberapa bulan deliver tu, Dr. check jahitan, Dr. cakap ok. Bila I tanya seorang colleague (O&G U. Malaya), dia kata maybe gatal tu sbb peluh.... maklumlah byk lemak...:D. Another Q, what is the possibility of someone who has had c-sect to deliver normally?
Really, really appreciate you replying. Ni kira dapat consultation free, anyway mmg I kakitgn kerajaan pun. Cuma, really appreciate your time n effort to answer me.
Amalina

11:53 AM  
Blogger Hamsatul Azlina said...

SAlam... :)

Seronok sebenarnya dpt berinteraksi ni. Parut tu takde kena mengena dgn lemak. Ia bergantung kpd jenis kulit. Kawan saya yg kurus keringpun ada parut yg tak cantik. PAsal gatal tu memang sbb peluh lah. Especially kalau kulit perut tebal hingga menyebabkan kawasan parut tu basah dek peluh. Parut yg jenis keloid ni juga memang prone utk gatal sbb iritasi.. kdg2 ada org rasa pedih dan ngilu. Sbb tu kalau org camni bila mengandung dan mengadu tempat parut tu sakit, kami perlu berhati2 takut tanda parut kat rahim pecah.Akan tetapi kalau parut kat rahim tu pecah ada byk tanda lain spt sakit di dalam yg teramat yg tak mengikut kontraksi, jantung berdenyut laju serta tanda2 anak dlm kandungan lemas..
Utk org pernah ada operation lscs dulu peratus utk bersalin normal adalah 80%. 20% akan gagal dan prone utk di bedah lg dgn sbb yg berbagai2 eg anak lemas, jalan tak buka atau ada tanda parut kat r ahim tu pecah. Org yg tak pernah bersalin normal peratus utk dibedah lagi lebih tinggi sedikit dibandingkan dgn org yg pernah bersalin normal. Risiko utk org yg ada satu parut caesarean utk pecah adalah 0.5%. Tak kira sama ada anak pertama ke anak ke 3 ke..anak ke6 kr.. janji ada satu parut. Risikonya sama iaitu 0,5%. Err,, paham ke? ke konpius..

9:42 PM  
Blogger Amalina said...

Salam Hamsatul,
Thanx for your explanation. 'Long-wide' (panjang lebar) and crystal clear. Actually, I'm in Japan, on study leave doing my PhD, nak dpt consultation kat sini susah pulak plus mahal. Nasib baik ada blog you ni n u willing to answer to my Q.
Wassalam.
Amalina.

11:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam perkenalan.. doktor

seronok saye baca blog dr... saya ni baru jer abis blaja medic kat UKM.. skang tggu posting.. doakan saya yer dr..

Risau gak nak stat keje nanti.. any advice? ntah ler betul ke tidak saya akan jdik doktor.. mcm tak caya jer..

saya bekas student cikgu amir kat sambest.. sy dah baca blog ni...
ada permintaan boleh tak cite mcm mana kisah dr. jumpe dgn cikgu amir.. lagipun dr. dah tulis nak cite kan nanti..(artikel yg sebelum ni)

SAYA TUNGGU...

salam perkenalan...MASYITAH LOCMAN

1:58 AM  
Anonymous Anonymous said...

doc, ada tak gel yg boleh hilangkan parut cam keloid tu?

4:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

as salam doc,

sy ade satu kemusykilan berkenaan tajuk caesarean ni..
sy br je bersalin anak pertama secara caesaren..sekarang sudah lebih 3bln berlalu sejak caesarean..sekarang saya rasa sakit dekat atas bahagian c-zer 2..kat bahagian c-zer 2 tak pulak sakit kalau tekan..kenapa ye dokter?

5:18 PM  
Blogger nomy said...

Slm..doc..
Ada tk kemungkinan jahitan yg dibuat oleh doctor yg mmbuat pmbdhn yg mnybbkan parut ceaser berbeza2. Pmbdhn anak pertama saya meninggalkan parut@ keloid dan mmg ada rasa gatal sbb ianya parut timbul...pmbdhn kedua lgsung tidak ada parut..hnya kelihatan line je dan mmg tk gatal sbb parutnya smooth...utk pngthuan doc .pmbdhn dilakukan oleh berlainan doktor di dua hospital yg berlainan...moga doc dpt mmberi pencerahan mngikut pngalaman doc yg luas...tq

7:00 PM  
Anonymous Amy said...

Salam Dr..

Saya baru je bulan lepas wat c-sec 4 my 1st baby n ade sikit parut keloid but bkn spnjg jhitan, ade kt 1 tempat kt hujung sikit jer tp kn parut 2 nipis n pecah dah 2 nmpk isi lebih yg kt dalam 2 n berair. Sy dh jpa dr. n dpt ubt cuci jer. Bhye ke klu parut 2 pech dr? N kt dua2 hjung jahitan bedah kenapa kt dalam macam ade ketulan tebal yer? Hope dr dpt jawab persoalan sy. Thanks Dr.

10:06 PM  
Blogger Unknown said...

Salam,

Sy pun c-sec for my 1st baby.. emergency c-sec actually. Just wondering, after da settle c-sec masa nk tanam uri, my hubby bgtau uri tu cm hampir hancur. Cmne uri boleh jd mcm tu? Yg sy perasan mase c-sec tu mmg terasa la doc dok korek2 perut sy sbb kepala baby da kt bwh hujung2 laluan nk keluar..sbb tu ke uri hancur? mohon pencerahan. thank you.

4:30 PM  
Blogger Unknown said...

Slm doc..sori interrupt ye..nak tanya after 6months plus lps czer ni i ada rs pedih2 kat area bekas luka tu..b4 ni tkde pulak sakit tu kerap2 dtg..normal ke ye doc?

Tq, Azi :)

1:01 PM  
Blogger ayaaina said...

salam doc. utk pesakit yg bwt czer buang cyst berapa lapisan perut yg doc belah ye? luka parut seakan luka czer org beranak tp pndek sedikit.

8:40 AM  
Blogger ayaaina said...

chiya try guna dermatic gel. doc sy bg ubat ni dulu.tp kne rajin sapu

8:43 AM  

Post a Comment

<< Home