Thursday, June 22, 2006

Shoulder Dystocia


Apa tu shoulder dystocia? Ia merupakan suatu kes kecemasan obstetrics melibatkan kes kepala bayi dah keluar tapi bahu tersangkut. Ngeri tu. Suatu pengalaman yg kalau boleh semua doktor bhgn obtetrics tak nak mengalaminya. Aku juga amat takut kalau kes2 disyaki shoulder dystocia boleh berlaku. Doa selalu agar tak dapat. Ia suatu trauma besar bagi si ibu juga pada para doktornya

Kes 1 -
berlaku kpd kawanku seorg ahli farmasi, kandungan kedua, tak pernah mengalami kencing manis dan follow up masa mengandung juga tiada masalah. Datang ke hospital sbb sakit bersalin. Takde siapapun syak kandungan kawanku itu besar. Proses sakit berlaku dgn cepat, namun apabila pintu rahim dah terbuka penuh dan masa yg ditunggu (masa meneran) telah tiba, kawanku dapat meneran dgn baik. Namun kepala bayi nampak lambat nak turun. Kawanku meneran lagi sekuat2 hati, dgn perlahan2 muncullah kepala bayi yg tembam. Sekarang tunggu proses berpusing dan untuk mengeluarkan bahunya. Ternyata sukar. Staff nurse bertungkus lumus, ada yg menjerit memanggil doktor yg on call. Kaki kawanku di tolak ke atas merapati perut. Bayi di tarik ke bwh dgn perlahan agar dpt membantu proses pengeluaran bayi. Masih tak berjaya.. Kemudian ari2 kawanku ditekan supaya bahu bayi tertekan ke bawah lalu keluar melalui tulang pinggul. Tak juga keluar. Seterusnya tangan dideluk di nahagian bawah vagina untuk menyeluk bahu bawah anaknya. (Proses yg sukar ni)Alhamdulillah dalam ms 3 minit kawanku selamat melahirkan seorg bay lelaki 5 kg. Namun bayinya didapati lemas. Kena bantuan dgn mesin pernafasan untuk selama sebulan.. Luka kawanku agak besar namun dapat diperbaiki.

Kes 2
Seorang pesakit yang mengandung anak sulung datang sebab sakit bersalin. Ketinggian hanya 150cm. Tulang pinggul tidak nampak terlalu kecil. Bayi yang dikandung agak2 dalam 3-3.2kg. Proses menunggu bersalin berjalan dengan lancar. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan bayi yang dikandung akan mengalami masalah semasa keluar nanti. Dalam 4 jam pintu rahim sudah terbuka penuh lalu proses meneran pula bermula. Si ibu meneran dengan sekuat hati dan kepala bayi dapat dikeluarkan dengan mudah. Namun setelah mulut dan hidung bayi dibersihkan bahu bayi tak dapat ditaik keluar. Staff nurse cepat2 menjerit meminta tolong. Aku datang dgn segera dan mengambil alih proses kelahiran. Kedua2 kaki pesakit ditolak ke atas dan aku menarik bayi perlahan2 sambil seorg nurse menekan di ari2. Alhamdulillah bayi dapat keluar. Namun tangan kanan bayi nampak lemah dan apabila di x ray didapat tulang kelangkanya patah. Bayi seterusnya di jaga oleh unit pediatrik. Syukur ke hadrat Allah setelah 6 bulan tangan bayi sudah pulih seperti biasa dan tulang kelangkanya juga sudah pulih seperti normal.

Kes 3

Kes ini diceritakan oleh staff nurse kepadaku. Pengalaman mereka dalam masa 10 tahun dulu. Seorang pesakit ni dtg utk bersalin. Tak jangka baby yg dikandungnya besar. Proses bersalin berjalan dengan lancar, namun pabila saat utk meneran ternya baby susah nak keluar dari lubang faraj. Setelah beberapa lama, kepala bayi yg tembam dapat keluar namun bahunya tersangkut. Bahagian bawah sudah digunting bagi memudahkan laluan utk bayi keluar namun tak juga berjaya. Seterusnya kedua2 kaki pesakit itu diangkat dan bayi cuba di tarik keluar, namun tak juga berjaya. Seterusnya bayi itu cuba di putarkan agar dapat dikeluarkan dari lubang faraj si ibu, namun tak juga berjaya. Kali ini cubaan terakhir, doktor yg oncall seluk tangannya di bahgn bawah faraj bagi utk mengeluarkan bahagian bahu bawah bayi,Tak juga berjaya. Akhirnyakeputusan utk operation dibuat. Si ibu dihantar ke dewan bedah utk dibedah bg mengeluarkan bayi. Bayi yang tersangkut didapati tidak lagi bernyawa akibat kekurangan oksigen. Namun bayi itu tidak dpt dikeluarkan mengikut laluan bawah si ibu. Lalu bayi itu ditolak ke atas dan dikeluarkan melalui pembedahan Caesarian. Bayi seberat 6.5kg dikeluarkan. Malangnya bayi itu sudah meninggal dunia. Si ibu pula mendapat luka besar atas dan bawah. Kedua2 luka dijahit dgn rapi..... (Na'uzubillah dpt kes macam niii!!!!)

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam..

Seramnyer baca kes yg Dr. handle ni... macam mana lak kalu saya akan hadapi kes mcm ni kalu dah stat keje.. Risau nyer....

2:03 AM  
Blogger Sidratul Muntaha said...

salam
ayu through c section utk lahirkan ank pada jan 2008.
klu diikutkan
mmg sakit nk bersalin takde lansung even dh nk msuk 38 minggu
n apa yg doktor beritahu
baby plus air ketuban dh 4kg
then gynea specialist suggest buat c section sbb bile lahir normal by induce takut bahu patah or kepala putus.
tak berapa jelas tpi after sometimes buat research psl c section ni brulah jumpa term tu.
dystocia.
and read ur posting or entry also make me more understand.
keep up a good effort on this matter.
jazakum Allahu kayran.

1:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam doctor,

Saya mengalami sendiri pengalamn ni.anak ketiga

Saraf tangan anak saya putis dan tlh jalani 2 pembedahan di ppum.

sekarang dah tadika anak saya tu.

satu pengalaman yg mmg takkan dilupakan..

sama seperti kes no 1 tu, cuma anak sy kurang bernasib baik sebab ada kecacatapd tgn nya.

apapun semua ujian dr Allah.

9:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam doctor,

Saya mengalami sendiri pengalamn ni.anak ketiga

Saraf tangan anak saya putis dan tlh jalani 2 pembedahan di ppum.

sekarang dah tadika anak saya tu.

satu pengalaman yg mmg takkan dilupakan..

sama seperti kes no 1 tu, cuma anak sy kurang bernasib baik sebab ada kecacatapd tgn nya.

apapun semua ujian dr Allah.

9:47 AM  
Blogger Unknown said...

Salam doc. Sy mengalami masalah yg same ketika melahirkan anak kedua. Bahu kirinya stuck ketika dilahirkan. Boleh sy tahu berapa lama mase yg diambil untuk anak sy pulih sepenuhnya? Jarinya boleh genggam macam biase cuma bahu dan lengannya dia tak mampu nak angkat

12:10 AM  
Blogger Unknown said...

salam doktor..kes 1 sama mcm kes saya.. end up emergency ceaser.. sgt sukar utk dceritakan

10:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalam kisah kita sama cuma anak saya tangan kanan..now dah 18 hari berpantang..boleh sy tahu macam mana keadaan anak puan sekarang dan apa step yang puan ambil?

5:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pengalaman melahirkan anak ke6. Berat baby 4.5 kg. 8 hari berkampung di wad kanak2. Alhamdulillah..selepas sebulan berulang alik ke hospital...beberapa kali bahu di x-ray..akhirnya anak boleh discaj. Sekarang membesar dgn sihat dan kuat

9:38 PM  

Post a Comment

<< Home