Tuesday, March 07, 2006

Pre eclampsia

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah akhirnya berakhir juga oncall semalam. Bermula kerja dari pukul 8 pagi semalam hingga la ke hari ini jam 8 pagi cukup mendebarkan. Letih kalau oncall macam ni setiap kali. Pabila detik jam pukul 8 pagi ni dah kira lega.. sebab.. hari ni dah org lain oncall. So boleh take over. Fuh... lega... lega..

Tak pernah oncal macam ni punya gila. Seawal pagi semalam, kes-kes baru punyala ramai yg masuk. Ada sakit nak bersalin, ada yang tak cukup bulan dah sakit, ada yg turun air (pecah ketuban awal), ada yang tak rasa gerak anak. Macam2 lagi. Kalau kes2 biasa yg datang utk bersalin tu kira tak pe la. Tup.. tup.. tup jam 11 pg dpt panggiln drp Pantai Remis ada kes severe pre eclampsia nk dtg. Kes tu adalah pesakit Cina, mengandung kali ke2. Baru 26 minggu (dlm 6 bln). Tekanan darah naik hingga 180/110mmHg. Kencingnya kotor Urine albumin 3+. Sakit kepala pulak tu! Aduh... teruk ni. Kandungan itu terlalu kecil utk hidup kalau dah cukup bln atau paling kurang 28-30 minggu kira bolehlah unit paediatric akan cuba membantu bayi itu. Namun dlm kes pre eclampsia atau tanda awal sawan mengandung (darah tinggi masa mengandung beserta dgn kencing kotor serta ada tanda2 sawan eg sakit kepala, pedih ulu hati, kelabu mata, muntah atau loya) bersamaan dengan keperluan utk mengeluarkan anak daripada dlm rahim. Pabila scan.. baby cukup kecil... saiz dlm 24 minggu. Jangkaan berat cuma 600gram saje.
Bayi pramatang
Sebelum apa2 ubat utk mengelakkan sawan perlu diberi. Begitu juga dgn ubat darah tinggi. BIla start ubat ni memerlukan pemerhatian yg rapi iaitu 15 min sekali selama 24 jam. Bertambahla beban misi (staff nurse) kesian kat mrk. Alhamdulillah dgn rawatan, pesakit nampak elok dan setelah berbincang dn pakar, kalau boleh kami ingin memanjangkan tempoh kandungan sekurang2nya ke tahap unit paediatrik akan jaga baby tu. (Mengikut keaadan di sini bayi berat 700 gram ke atas akan cuba diselamatkan.. kalau bawah drp tu.. takkan berbuat apa2 sbb tiada kepakaran dan alat yg cukup utk membantu bayi yg lebih kecil drp itu. Maksudnya hanya biarkan bayi itu hidup sendiri .....) Sedih..

Setelah berakhir event tu (pesakit tu dlm keadaan stabil), dapat pula panggilan drp wad seorg pesakit darah tinggi mengadu sakit kepala dan loya. Aghh.. sudah.. lagi satu. Bila diperiksa dia sdg sakit nk bersalin. Pembukaan rahim dahpun 3 cm. Lalu ketubannya dipecahkan sambil ubat utk mengelakkan sawan diberi kpd pesakit. Alhamdulillah, dlm setengah jam bila diperiksa bukaan rahim telah sepenuhnya. Dan ibu pandai meneran. Sekejap shj sudah bersalin anak yg comel yg beratnya hanya 2kg (berat bayi cukup bulan 2.5 ke atas) Namun bayi itu sihat. Ibu juga stabil. Segala pujian bagiNya utk rahmat yg diberikan. Allah itu cukup baik sekali. (Bertambah lagi beban misi... seorg lagi perlu dirawat 15 minit sekali selama 24 jam)

Ingatkan dah berakhir kes pre eclampsia utk hari ini. Tiba2 panggilan drp hospital berdekatan telah diterima. Seorg lagi kes sawan mengandung nk dtg. Baru 28 minggu. Aduh! Mencabar mindaku.. Kes yg ini jg dimulakan rawatan namun pesakit perlu dibedah utk keluarkan anaknya sbb keadaan ibu yg cukup tidak stabil. Bayi yg dilahirkan hanyalah 900gram. Moga Allah melindungi bayi ini. Syabas kpd unit paediatrik yg bertungkus lumus membantu menyelamatkan bayi. Dgn rahmat Allah bayi ini masih lagi hidup di bawah bantuan alat pernafasan.

Dalam diam2 sebuah klinik swasta jg menghantarkn seorg pesakit yg baru 24 minggu dgn tekanan darah 235/135mmHG. Mak.... tingginya tekanan darah tu. Dan bayi dlm kandungan terlalu kecil. Setelah rawatan dan pemerhatian rapi pesakit nampak stabil. Namun jika keadaan ibu tidak stabil kami tidak teragak2 untuk mengeluarkan kandungan itu kerana kesihatan ibu lagi perlu diutamakan daripada bayi. Moga dengan rahmatNYa keadaan ibu dapat bertahan sehingga bayi cukup besar untuk dilahirkan.

http://www.pre-eclampsia.co.uk/ donna.html (kisah preeclampsia)

Kemungkinan yg yang dihadapi oleh pesakit semuanya telah diberitahu kepada kedua2 suami dan isteri. Masing-masing faham dan berdoa serta redha dgn ketentuanNya yang kami sendiri tidak boleh pastikan.

Setelah tiba hari ini, 4 pesakit memerlukan pemerhatian terperinci dgn keperluan pemerhatian 15 minit sekali utk 24 jam. Bebanan utk staffku bertambah walaupun mereka hanya 8 org utk bertugas. Selain daripada kes2 pre eclampsia ada juga kes bersalin lain yg datang. Mereka tidak kering tangan utk bekerja. DItambah juga pesakit2 lain di dlam wad yg perlu diperhatikan. Syabas kepada staff2. Tanpa kalian aku tidak boleh berfungsi seorang diri. TErima kasih sekali lagi..