Jonah
Aha... ini perkataan yg aku pelajari semasa aku menjadi doktor. Masa mula2 aku dengar perkataan ini aku tak faham apa maknanya. Rupa-rupanya maksudnya, kalau seseorang itu dilabel jonah maknanya dia tu 'murah rezeki'. Bila dia oncall, akan ramailah pesakit yg datang. Akan macam2 kes akan akan dijumpa. Itu maksud jonah rupanya. Entah siapa pencipta perkataan ini dan asal-usul perkataan ini dari mana akupun tak tahu. Namun perkataan ini digunapakai dan diterima oleh kami di kalangan kakitangan hospital.
Aku telah dilabel jonah sejak aku menjadi doktor pelatih lagi. Lazimnya staff nurse selalu takut kalau aku oncall. Penyakit jonah ini terbawa sehingga la ke hari ini. Sekarang ini, bukan sekadar staff nurse sahaja yg takut kalau aku oncall, doktor paediatrik (dr kanak2) dan doktor bius pun susah hati kalau aku oncall. Apa taknya, kes akan banyak masuk. Dan kes2 itu bukan kes2 biasa je, ada je masalah lain bersama. Psakit darah tinggi, bayi pra matang la, bayi lemas, bayi sudah buang air besar dlm perut la dan macam lagi. Kes2 yang akan di bedahpun banyak juga. Sbb tu doktor bius pun susah hati kalau aku oncall.
Dan kadang2 pembedahan itu ada je masalahnya. Turun darah la, sesak nafas la.. macam2... Kalau tanya orang2 kat sini siapa pegang rekod buat pembedahan caesarean terbanyak satu hari, ternyata akula pemegang rekodnya. Aduh! LEtih....
Tapi aku redha. Mungkin ini adalah satu latih tubi bagi aku dalam persediaan utk menjadi pakar. Serta supaya rezeki yg aku dapat adalah halal dan berbaloi dgn tugas yg ku lakukan. Dan aku gembira melakukannya. It is a great satisfaction to me....
5 Comments:
Assalamualaikum,
Nice reading your blog. Cerita from the side of dr sakit puan, carrier woman, mother and wife. Especially experiences as dr. sakit puan. I am all of these too except dr sakit puan :D. Keep it up.
Sincerely,
Amalina.
Waalaikumusalam,
Terima kasih kerana sudi menjengah blog ni. Actually kita serupa saja, cuma pengalaman lain2.
ini sebenarnya tidak ada apa-apa yang membanggakan.ada orang yang membuat sesuatu yang lebih daripada kamu tapi tidak dipapankan di dalam internet.
Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan, atau sakit berlebihan ketika haid..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.
Jonah ni sebenarnya asal usul nama Nabi Yunus yang di telan ikan Nun. Fahaman Jonah pembawa sial sebenarnya diguna pakai oleh kelasi laut (sailor) . Mereka akan gelar penumpang itu Jonah sebagai orang yang membawa sial. Misal kata ada ribut taufan / kematian / dan bencana lain bila penumpang tu naik kapal mereka. Sebab nya dalam bible, masa Jonah melarikan diri dari kaumnya (berputus asa), baginda menumpang boat orang yang fasik jga. Jadi para orang fasik ni tanya siapa dia, bila baginda jawab nama baginda, mereka anggap baginda pembawa sial dan terus buang baginda ke dalam laut yg kemudiannya di telan ikan Nun. begitulah kisahnya. (Panggilan ini sangat ditegah oleh orang kristian yang alim sebab Baginda merupakan seorang Nabi, Utusan Allah. So, begitu juga dengan kita. Memanggil seseorang Jonah itu umpama mengata Nabi Yunus pembawa sial.)
Post a Comment
<< Home