Saturday, November 27, 2004

Menyambut tetamu

Kenangan berbulan madu di Cameron Highland tidak akan terlupa dan kini tiba masanya aku pula disambut oleh kedua ibubapa suamiku di Shah Alam. Majlis kenduri kahwin ini di juga meraikan pernikahan adik suamiku yang juga bernikah pada hari tersebut.

Majlis yang sangat meriah kerana dihadiri oleh bekas pelajar suamiku dan juga rakan-rakan sepengajianku di UM dahulu. Alhamdulillah.

Saturday, November 20, 2004

Walimatulurus ana

Syukur... Alhamdulillah walaupun bakal suamiku lambat hampir 1 1/2 jam, sampai juga dia akhirnya bersama keluarganya. Tepat jam 11.25 pagi aku selamat dinikahkan. Semoga perkahwinan ini memberi keberkatan kepada kehidupan sekeluarga. Ameen.