Wednesday, March 24, 2004

DOA BUAT Syaikh Ahmed Yassin Rahimahullah

"Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah. Sesungguhnyakepada Nya kami kembali". (Riwayat Muslim)

"Ya Allah! Ampunkanlah ia dan rahmatilah ia. Selamatkanlah ia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah ia dgn air, salji dan hujan batu. Bersihkanlah ia daripada kesalahan sebagaimana engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran. Gantikanlah rumah yg lebih baik daripada rumahnya, keluarga yg lebih baik daripada keluarganya, pasangan yg lebih baik dari pasangannya. Masukanlah ia ke dalam syurga dan lindungilah iadaripada seksaan kubur [dan seksaan neraka]" (Riwayat Muslim)

"Ya Allah, Ampunilah orang yg hidup dan orang yg mati di antara kami, orang yg hadhir dan orang yg ghaib di antara kami, kanak-kanak dan orang yg dewasa di antara kami. Ya Allah, Sesiapa yg Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah ia atas ajaran Islam. Sesiapa yg engkau matikan di antara kami, maka matikanlah iadi atas iman. Ya Allah, Janganlah Engkau halangi kamidaripada memperolehi pahalanya dan janganlah Engkausesatkan kami sesudahnya". (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

"Ya Allah, Sesungguhnya Syaikh Ahmed Yassin dalam tanggungan Mu dan perlindungan Mu. Peliharalah ia dari fitnah kubur dan seksa neraka, Engkau adalah yang menunaikan janji dan Maha benar. Ampunilah dan belaskasihanlah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang". (Riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud)

Kekalahan

Hmm.. kekalahan itu memang pedih.. tetapi setiap yg berlaku itu ada hikmahnya. Namun sebagai salah seorg yg pernah berjanji utk bersama2 dgn jemaah Islam tidak ada perkatan kecewa dan putus asa dlm hidup. InsyaAllah.. harus terus bangun dan bangkit utk meneruskan perjuangan dgn tulang empat kerat ni. Namun paling menyedihkan kampung aku yg mejoriti Melayu yg mengaku ISlam masih lagi buta dan sanggup memilih Hindu utk menjadi pemimpin... MAsyaALlah apa nak jadi.. kerana BN ke atau kerana apa.. Apa lah nak jadi dgn org kampung nih... Hmm..

Namun lebih menyakitkan apabila terdapat unsur penipuan dlm pilihanry ini. Nampak sangat!. Mungkin memang benar ISlam tak dpt tertegak dgn sistem yahudi iaitu sistem pilihanraya secaar demokrasi ini. Sbb yug pegang nya adalah manusia yg bersikap berat sebelah!

Walaubagaimana pun.. inilah saat terbaik utk koreksi diri.. serta muhasabah balik..Perlu mantapkan tarbiyah diri.. perlu bina siasah diri.. mungkin kekalahan itu disebabakan dosa2 ahli yg byk.. maka ALalh tak bantu utk kemenangan.. dan sebenarnya kit abelum bersedia utk menerima daulah.. WAllahu'alam

Monday, March 15, 2004

Hati

Hati merupakan unsur yang menjadi penggerak segala aktiviti kehidupan yang sempurna. Dari dorongan hati, maka lahirlah sikap, ucapan, tindakan, penglihatan, pendengaran dan perbuatan yang menggambarkan keperibadian seseorang. Tanpa penggerak yang baik maka kehidupan sentiasa disertai dengan penyesalan yang berterusan, akhirnya jiwa dan raga dirundung penderitaan.

Di dalam hati tersimpan seribu satu keinginan dan hasrat. Jika tidak dipimpin dengan iman yang kukuh, maka hati akan menggerakkan keinginan tersebut menurut kehendak nafsu. Seandainya hati digilap bagaikan cermin, maka akan memancarlah biasan fitrah kemurnian insan. Sesungguhnya dari hati yang sihat akan tumbuh subur akhlak dan budi pekerti mulia menghiasi diri seseorang.

Hanya insan yang menghargai diri sendiri mampu mengarahkan hatinya menuju kedamaian hidup.

Kemarahan yang tak bertempat adalah salah satu daripada hembusan syaitan

NIce Quote to share..

From Abraham Maslow : Many things in life cannot be transmitted well by words, concepts or books. Colours that we see cannot be described to a man born blind. My toothache feels different from your toothache. Perhaps... there is no substitue for experience.

Sunday, March 14, 2004

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah.. Lepas jugak satu hari.. Hari oncall yg mendebarkan.. Takde apa yg menarik sgt .. Ada 4 delivery saja. Tapi dlm kol 6 ptg ada lak masuk sbb pecah ketuban.. nama lain leaking liquor ermm ayat medicnya PROM (Prelabour rupture of membrane). INgat kes ni kes cam besa2 je.. tup! tup! kol 9 mlm misi dr wad call kata patient tu demam panas plak.. ALAMAK.. chorioamnitis la tu... leaking with fever.. So.. minta nurse tu hantar pt(pesakit) tu ke labour room stat.. Aha.. panasnya badan pt nih..T=38.7..mak ooii.. kasik pcm dua biji.. masuk air.. cek.. aisey.. baru 4 cm.. jauh perjalanan nak bukak tu.. camne baby nak kuar..
Cek cek jantung baby... mak oooii.. lajunya lebih 200 beat per minute.. panic.. panic... tetiba.. zoom... jantung baby tu drop plak.. bila maknya having contraction.. Ya Allah.. selamatkan pesakit nih...dan jugak babynya...
Aha.. discuss dgn specialist.. dok binang2... demi keselamatan baby maka perlu proceed to caesarian section.. Aha.. prepare pt.. utk operation.. Pt explained.. dia ngadu sakit.. Sabar puan.. semua tu kaffarah dosa.. mudah2an selamat... Alhamdulillah.. baby kuar kol 2304hour, tapi kena masuk wad bcos baby pun demam gak.. mother pun stable.. Alhamdulillah mother pun t ak bleeding byk.. cukup la satu kes hystrectomy kat tgn nih.. serik den...

Saturday, March 13, 2004

Blog saya!!

Hmm... Pengalaman pertama menulis blog.. cam best jer... leh jadi diari..

Takde idea utk hari ni.. Esok oncall... uwaa.. Ya ALlah.. tabahkan hati hambaMu ini... Moga.. leh handle kes esok..

Moga.. abah kat hospital tu.. sihat walafiat.. sabar abah.. setiap kesakitan yg ALlah berikan tu ada kaffarahnya..