Assalamualaikum,
Testing 1...2....3... Lamanya tak masuk sini :)
It is me!
Sejak kebelakangan ni, aku ada byk masa utk menulis. Alhamdulillah. MO dah bertambah seorang lagi, bermakna berkurang oncall aku dlm sebulan. Dan ini bermakna, lebih byk masa ada di rumah. Anakku pula dah mencecah 1 1/2 tahun. Memang tgh ligat. Geli hati melihat keletahnya. :) Ada saja idea di otak kecilnya. Contohnya petang tadi nenek dia merungut dia terbalikkan mesin urut kepunyaan toknya utk dijadikan gelungsur. Akupun tak pernah terfikir sebegitu..
Sepanjang dua minggu ini, benar2 merisaukan benakku. Kes-kes hubungan seks sebelum kahwin semakin menjadi2. Bayangkan dalam tempoh dua minggu ini sebanyak 6 kes rogol masuk ke wad. 5 daripadanya bawah umur ( iaitu bawah 18 tahun). Dan kesemuanya bukan kes rogol yang sebenar. Sekadar report polis sebab ibu bapa tahu perihal hubungan seksual itu ataupun ditinggalkan kekasih pujaan hati setelah mahkota peribadi di ratah dengan kerelaan diri.
Aduh... Sungguh lama tak menulis. Ikutkan byk je cerita. Namun timbul dlm benak, berbaloikah aku menulisnya? Adakah cerita itu menarik? Atau adakah org rasa diriku menunjuk2. Hmm... Ini membuatku terbantut utk menulis. Ahhh... pedulikan apa org kata. Janji dgn menulis ini dapat aku mencoretkan pengalamanku. Agar boleh ku simpan di persada multimedia. Mana tahu aku akan hilang ingatan? Atau sudah tidak mampu lg mengingati detik2 manis sewaktu bekerja?