Saturday, February 25, 2006

Antara pilihan mak ayah dan sendiri

Semalam tgh sembang2 dgn seorng house officer tu ... tetiba dia kata " Kak, saya ni bukan suka jadi doktor ni. Saya nak jadi peguam. Tapi sbb mak saya suka saya jadi doktor, so sayapun jadi doktor la. Hmm.... tapi saya tak suka laaa... La ni .. bila2 masa saya rasa nak berenti saya nak bukak kedai buku cerita."

Tersengih la MO sorang ni. Eh.. eh.. cam tipikal je citer tu. Kalau nak ingat cerita2 lama tu, apa kurang dgn yg tgh menulis ni. Kalau ikutkan dulu.. kecik2.. memangla nak jadi doktor. Tapi tak tau pun maksud nak jadi doktor. Masa kecik2 dulu, bila org tanya "Dik besar nanti nak jadi apa?" Jawabnya mestila "Doktor." Tapi paham pun idak masa tu.

Bila dah masuk sekolah, kebetulan tulisan memang buruk.. dari darjah satu sampai la la ni. Tetap buruk.. Cikgu, kengkawan.. selalu komplain.. tulisan buruk mcm tulisan doktor(hakikatnya tak semua tulisan doktor tu buruk).. hehe.. Agaknya.. sbb tu jadi doktor la ni. Lebih 40 org bercakap.. tup tup.. makbul..
Alhamdulillah, otak ni Allah bagi mahu nak terima apa je.

Bila masuk Asasi Sains... masa tu baru lah mencari cita2 sebenar.. yg tak ditemui. Yang pasti aku minat Maths, kimia, fizik.Bio?????? sorilerrrrr. Bab2 membaca n menghapal ni cukup membebankan otak kecik ni. Namun alhamdulillah, berkat doa mak dan abah srta pensyarah2 Asasi, berjaya juga eden dapat straight A. Dan layak masuk medic. Time tu rasa dah tak nak jadi doktor. Nak tahu kenapa???

Masa tu pemikiran dah terbuka. Dah nampak camne keadaan student medic kat UM tu. Kalau nak tahu, bila korang pergi ke 6th college tu atau kolej kediaman ibnu sina kat UM tu (asrama utk bebudak medic n dental) korang rasa semacam jer.. Sunyi sepi je kolej tu. Ada org cakap sunyi cam kubur.. Ye la.. semuanya dok dlm bilik n study. Jarang nampak studentnya berbual2 kosong, ketawa di coridor atau kawasan asrama. Memang kalau korang pi sana.. memang sunyi n you can feel the tense.

So nak dibandingkan dgn diri ini, orgnya pembising.. rasa2 takleh nak masuk kot ke dlm asrama tu. Dan masa tu baru tahu kehidupan seorg doktor ni.. yg kebyknnya takde life. Sbb most of the time u have to sacrifice for others. I did not think I can be like that..Lagi satu aku cukup tak suka membaca n menghafal. I like somethings todo with understandings macam matematik.... Namun sbb harapan mak abah, sedara mara, cikgu sekolah, pensyarah2 Asasi, akupun letakla medic as my 1st choice. Dan dapatpun..

Memang masa first year tu rasa hampeh.. Dah le kena marah dan ragging dgn senior2 masa mula2 masuk sana. Pelajarannya pun membosankan. Anatomi, Biokimia, dan Fisiologi Manusia. Semua kena hapal. Fisiologi je yg ok sket sbb perlukan kefahaman.. bukan sekadar penghafalan. Memang ms mula2 masuk tu, 1st semester n 2nd semester.. fail je examnya. Bila fail... nangis dan ngadu kat mak.. rasa nak tukar fakulti..x suka belajar medic... mak dan abah dah susah hati sbb diri ini. (mak.. abah... ampunkan Ina sbb menyusahkan hati kalian masa tu). Sampai lah satu masa... masa telefon dan mengadu, abah angkat telefon tu dan berkata," Kau ni Ina, asyik nak susahkan hati mak dan abah je. Kau tau tak abah tgh susah hati ni. Kau tau tak ada perkara yg berlaku kat rumah ni. Kau tak tau.. Ni nak menyusahkan hati org jer!!Asyik fikir diri sendiri je.. Tak fikir pasal mak dan abah kat sini.. Kalau tak mahu sgt masuk medic tu... pergila tukar fakulti!!" Berdetup hati masa tu.. Baru terfikir.. Apala jenis manusia aku ni... apakah sumbangan aku sebagai seorg anak kpd mak ayah masa tu... Takkan nak rugikan setahun begitu sahaja. Ramai orang yg bersusah payahnak masuk medic tapi tak dapat. Aku dah dapat. Kawan2 ramai yg bagi support (terima kasih sahabat2 sekalian, tanpa korang aku tak jadi cam la ni) Dalam masa sebulan sebelum final exam, aku studi dan revise past years questions bersama sahabat2... alhamdulillah.. aku lulus tanpa syarat. Tanpa perlu viva atau mengulang.. Satu kepuasan.. yg aku bawa balik kejayaan ke rumah pada masa cuti semester tu. Aku dah lupakan perkara lain. Kini aku mengenggam hasrat that I WILL BECOME A DOCTOR. And I am....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home