Thursday, June 22, 2006

Shoulder Dystocia


Apa tu shoulder dystocia? Ia merupakan suatu kes kecemasan obstetrics melibatkan kes kepala bayi dah keluar tapi bahu tersangkut. Ngeri tu. Suatu pengalaman yg kalau boleh semua doktor bhgn obtetrics tak nak mengalaminya. Aku juga amat takut kalau kes2 disyaki shoulder dystocia boleh berlaku. Doa selalu agar tak dapat. Ia suatu trauma besar bagi si ibu juga pada para doktornya

Kes 1 -
berlaku kpd kawanku seorg ahli farmasi, kandungan kedua, tak pernah mengalami kencing manis dan follow up masa mengandung juga tiada masalah. Datang ke hospital sbb sakit bersalin. Takde siapapun syak kandungan kawanku itu besar. Proses sakit berlaku dgn cepat, namun apabila pintu rahim dah terbuka penuh dan masa yg ditunggu (masa meneran) telah tiba, kawanku dapat meneran dgn baik. Namun kepala bayi nampak lambat nak turun. Kawanku meneran lagi sekuat2 hati, dgn perlahan2 muncullah kepala bayi yg tembam. Sekarang tunggu proses berpusing dan untuk mengeluarkan bahunya. Ternyata sukar. Staff nurse bertungkus lumus, ada yg menjerit memanggil doktor yg on call. Kaki kawanku di tolak ke atas merapati perut. Bayi di tarik ke bwh dgn perlahan agar dpt membantu proses pengeluaran bayi. Masih tak berjaya.. Kemudian ari2 kawanku ditekan supaya bahu bayi tertekan ke bawah lalu keluar melalui tulang pinggul. Tak juga keluar. Seterusnya tangan dideluk di nahagian bawah vagina untuk menyeluk bahu bawah anaknya. (Proses yg sukar ni)Alhamdulillah dalam ms 3 minit kawanku selamat melahirkan seorg bay lelaki 5 kg. Namun bayinya didapati lemas. Kena bantuan dgn mesin pernafasan untuk selama sebulan.. Luka kawanku agak besar namun dapat diperbaiki.

Kes 2
Seorang pesakit yang mengandung anak sulung datang sebab sakit bersalin. Ketinggian hanya 150cm. Tulang pinggul tidak nampak terlalu kecil. Bayi yang dikandung agak2 dalam 3-3.2kg. Proses menunggu bersalin berjalan dengan lancar. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan bayi yang dikandung akan mengalami masalah semasa keluar nanti. Dalam 4 jam pintu rahim sudah terbuka penuh lalu proses meneran pula bermula. Si ibu meneran dengan sekuat hati dan kepala bayi dapat dikeluarkan dengan mudah. Namun setelah mulut dan hidung bayi dibersihkan bahu bayi tak dapat ditaik keluar. Staff nurse cepat2 menjerit meminta tolong. Aku datang dgn segera dan mengambil alih proses kelahiran. Kedua2 kaki pesakit ditolak ke atas dan aku menarik bayi perlahan2 sambil seorg nurse menekan di ari2. Alhamdulillah bayi dapat keluar. Namun tangan kanan bayi nampak lemah dan apabila di x ray didapat tulang kelangkanya patah. Bayi seterusnya di jaga oleh unit pediatrik. Syukur ke hadrat Allah setelah 6 bulan tangan bayi sudah pulih seperti biasa dan tulang kelangkanya juga sudah pulih seperti normal.

Kes 3

Kes ini diceritakan oleh staff nurse kepadaku. Pengalaman mereka dalam masa 10 tahun dulu. Seorang pesakit ni dtg utk bersalin. Tak jangka baby yg dikandungnya besar. Proses bersalin berjalan dengan lancar, namun pabila saat utk meneran ternya baby susah nak keluar dari lubang faraj. Setelah beberapa lama, kepala bayi yg tembam dapat keluar namun bahunya tersangkut. Bahagian bawah sudah digunting bagi memudahkan laluan utk bayi keluar namun tak juga berjaya. Seterusnya kedua2 kaki pesakit itu diangkat dan bayi cuba di tarik keluar, namun tak juga berjaya. Seterusnya bayi itu cuba di putarkan agar dapat dikeluarkan dari lubang faraj si ibu, namun tak juga berjaya. Kali ini cubaan terakhir, doktor yg oncall seluk tangannya di bahgn bawah faraj bagi utk mengeluarkan bahagian bahu bawah bayi,Tak juga berjaya. Akhirnyakeputusan utk operation dibuat. Si ibu dihantar ke dewan bedah utk dibedah bg mengeluarkan bayi. Bayi yang tersangkut didapati tidak lagi bernyawa akibat kekurangan oksigen. Namun bayi itu tidak dpt dikeluarkan mengikut laluan bawah si ibu. Lalu bayi itu ditolak ke atas dan dikeluarkan melalui pembedahan Caesarian. Bayi seberat 6.5kg dikeluarkan. Malangnya bayi itu sudah meninggal dunia. Si ibu pula mendapat luka besar atas dan bawah. Kedua2 luka dijahit dgn rapi..... (Na'uzubillah dpt kes macam niii!!!!)

Sunday, June 18, 2006

Menjadi Ibu


Aha... itu merupakan pengalamanku melihat oran bersalin kali pertama.. Macam mana pula agaknya pengalaman bersalin yang dialami sendiri.
Sebenarnya, sebagai seorang doktor bahagian perbidanan dan sakit puan aku amat takut untuk mengandung serta bersalin. Namun takdir menentukan segalanya. Aku menerima ketentuan yang dianugerahiNya dengan redha.

Semuanya bermula kira2 dlm hujung tahun 2004. Seperti mana2 wanita aku cukup memerhatikan pusingan kitaran haidku. Terutamanya setelah berkahwin. (sebab tu aku heran kenapa ada org terutama yg baru berkahwin buat endah tak endah perihal kitaran haid mereka).

Aku menanti kehadiran haid untuk bulan tu.. namun tak juga tiba.. Aku jadi panik. Semua tanda ada... senak kat ari-ari serta bengkak dan sakit di payu dara. Namun haidku tak pula pernah lewat. Aku jadi kaget. Alamak! Mengandungkah aku? Aku rasa aku tak bersedia...
Dengan hati yang berdebar aku beli urin pregnancy kit secara senyap2 tanpa pengetahuan suamiku. Dengan hati yang berdebar2 aku pun periksa urin ku. Dan ternyata keptusan menunjukkan aku mengandung! Bermacam2 perasaan ada. Bersediakah aku untuk menjadi seorg ibu. Rasa tak layak sungguh....
Namun suamiku memujuk akan diriku supaya banyak2 bersabar serta memberi dorongan kepadaku. Terima kasih abang..

Semasa itu baru 4 minggu, aku tak rasa banyak perubahan semua kerja kulakukan seperti biasa. Aku masih rasa hairan melihat pesakit2 hyperemesis (muntah2 atau alah mengandung). Terdetik dalam hati, pesakit ni buat2 ke? Aku takde lak kena lagu tu... Allah Maha Berkuasa.. Saat tiba 6 minggu aku mula terasa semacam. Rasa pening, rasa mual mula menghantui aku. Tatkala melihat makanan aku takde selera langsung. Sampai meniis air mata ni di depan nasi sebab aku rasa langsung tak nak makan! Lapar pun tak rasa. Mak serta suami mula risau sbb aku langsung tak makan. Macam2 diaorg belikan serta buat agar seleraku untuk makan ada. Namun tak berjaya. Yang aku boleh makan hanya biskut masin (ala... cream crackers tuu) Alih2 misi2 kat hospital dok gelar anak yg aku kandungkan ni anak tsunami. (time tu tsunami baru berlaku)

Aku hidup dgn biskut masin dekat 2 bln. Berat badan pun menurun... dekat 10kg!! Perghh kalau tak ngandung sure aku happy giler..
Bila dah nak masuk 5 bulan baru ada selera makan.. Bila masuk 6 bulan lain plak.. Terlebih selera makan! Semua yang aku nampak atau org cerita bab makanan..jadi teringin ( bekalan2 yg misi aku bawak semua teringin, mujur ngandung so depa bagi gak aku rasa) Sungguh pelahap sungguh. Aku rasa malu sbb selera makan aku berganda!!
Bila masuk 22 minggu aku mula terasa senak perut. Eh! EH! Contraction pain ke? Sakit tu datang 10 minit sekali.. SUdah.. sah ni contraction. AKu jadi takut. Ya Allah jagalah kandunganku ini. Alhamdulillah sakit tu hanya terjadi untuk beberapa jam. Lepas tu ia berhenti. Aku bawa berehat serta tidur agar sakit tu tak berterusan. Suami yang berada di Kedah cukup risau akan diri ini.

Keesookannya aku tanya pendapat pakar. Dia mengatakan agak mustahil contraction berlaku di awal kandungan. Namun dia risau dan syorkan agar aku mengambil cuti sakit sehari. Selepas kejadian tu banyak kali juga aku terasa sakit seperti kontraksi tu. (Ya la selama ni dok pegang perut org mengira kontraksi) Namun aku malu untuk memberitahu pakarku. Aku hanya membatu. Cuma suami serta mak saja tempat aku mengadu. AKu berdoa agar kandungan ini selamat sampai ke tahap di mana baby ini boleh hidup jika ianya keluar awal daripada waktunya.
Sampai satu ketika pada masa tu usia kandunganku sudah 27 minggu. Masa tu ada mega sale. So aku dan suami memang dah buat plan untuk mengambil cuti dan pergi ke Kuala Lumpur untuk shopping barang2 bayi. Teringat cerita seorg kawan yg bersalin awal tanpa bersedia membeli sebarang alatan untuk bayipun. Kelam kabut suaminya membeli brg2 seorg diri. Kalau boleh taknak la jadi gitu. So kami pun shopping la.. katil bayi, baju bayi, mittens, booties, cap, dan barang2 mandi bayi. Takla beli banyak sekadar cukup untuk persediaan andai aku bersalin awal. Malam tu sekali lagi aku diserang sakit pinggang sehingga menyebabkan tidurku terganggu. Dalam 10 minit 2 kali sakit. Aku mengejutkan suamiku. Abang jadi panik dan mengajak aku pergi ke hospital yg berdekatan. Disebabkan selalu sangat aku sakit sebegitu aku tak endahkan syornya. Aku cuma meminta dia tak usah risau dan tidur semula. Andai kata sakit tu berterusan baru pergi ke hospital. SUamiku risau dan meminta aku jgn berdegil. Aku pula memberi alasan sakit tu dah tiada lagi. Dalam keadaan tak puas hati suamiku menyambung semula mimpinya yang terganggu. Aku terus berjaga hingga ke pagi. (payah dapat isteri doktor ni sbb rasa dia tahu semua.. degil lak tu bila org nasihat. maklumla rasa lebih tahu!!!)

Keesokkannya meneruskan misi shopping kami. Kali ni nak pergi KLCC. BAyangkan dari Shah ALam nak ke KLCC. Naik komuter sampai KL Central pastu naik LRT sampai KLCC. Banyak juga berjalan tu. Abang tanya sama ada larat berjalan tak. DIa dah nasihat supaya hari tu berehat saja kat rumah mertua kat shah alam. Namun seperti biasa kedegilan dan kemahuanku membuatkan dia terpaksa menuruti. Kamipun pergila ke KLCC Suria. Sesampai di sana suami mengajak makan mee sizzling. Aku mengikut sahaja. Sebelum tu aku pergi ke tandas untuk melunaskan hajat. Alangkah terkejutnya aku pabila mendapati keluar lendir campur darah. Aku jadi panik. Dengan rasa serba salah aku mendekati suami yg menunggu di meja makan. Tak tahu samada perlu diberitahu ataupun tak. Kalau tak bagitau kang jadi apa2 kang sapa lak nak tanggung. Lalu akupun memberitahunya. Pada masa tu air mata dah berderai. Suamiku terkejut dan panik. Aku plak terus menelefon pakarku untuk bertanyakan pendpt. Dia mengsyorkan aku terus ke hosp yg berdekatan dan jgn cuba utk pulang ke manjung pada hari tu juga sbb dikhuatiri bersalin di tgh jalan. Suami ku diam je, macam marah pun ada. Ye la isterinya ni tak nak mendengar kata! Lalu kami ke GHKL, apabila pakarku menelefon pakar di GHKL.

Sesampai di sana kami diberi layanan baik. Doktor di situ dah diberitahu. Lalu dia memeriksa bukaan pintu rahimku. Ternyata memang ada 'show' (tanda) dan pintu rahim dah terbuka 3 cm. Ya Allah, pinta hati kecilku, perpanjangkanlah usia kandunganku ini. Sesungguhnya aku tahu risiko2 bay pramatang ini. Aku dimasukkan ke dalam wad utk pemerhatian. Alhamdulillah, doaku dikabulkan Allah. Malam tu aku takde lagi contraction. Keesokannya aku dibenarkan pulang. Cepat2 kami ambil keputusan utk pulang ke Manjung. Aku memohon maaf kpd suami berkali2. Beliau hanya mengatakan bahawa dia risau akan keadaanku dan juga anak dlm kandungan. Katanya aku ni terlalu over confident dgn diri sendiri (mentang2la doktor, nasihat org taknak dgr). Aku hanya berdiam diri. Ada benarnya kenyataan di situ. Mmg hakikat seorg doktor mahupun staff nurse mereka lebih suka buat rawatan sendiri drp pergi ke hosp atau klinik scr formal utk mendptkan rawatan. Bila tiba di Manjung pakarku memberikanku cuti rehat sebulan. Perghh.. bosan giler... apa aku nak buat kat rumah! Aku ingat nk ikut suami ke Kedah.. Sekali lagi kena tegur.. Beliau hanya menyuruh aku berehat di rumah. No more travelling, no more shopping sampai bersalin...Sob.. sob.. sedih...

Alhamdulillah, kandunganku ini sampai juga ke usia 36 minggu sebelum ia keluar. Aku masih ingat lagi, pagiku aku kerja spt biasa. Berlari ke sana ke mari jika keadaan memerlukan. Semua org risau. Yeala! Mak buyung ni cam org tak ngandung. Nak laju jek. Tapi aku rasa ak ok jer. Masih mampu bekerja spt biasa. Tiada tanda2 langsung akan bersalin pada hari itu. Malam 16 Ogos 2005 aku tidur spt biasa. Amalan Surah Maryam sudah menjadi amalan suami dan aku sejak 3rd trimester lagi (dr 28 minggu). Selain tu petua org tua minum air rambut serta bbrp doa lagi mmg aku amalkan. Doa minta dipermudahkan bersalin tanpa sbrg komplikasi. Tepat jam 2 pagi 17 Ogos 2005 aku terjaga drp tidur. Ngap.. tersa sakit menangkap pinggang. Eh.. eh.. ni kontraksi.. Takpe.. aku kira... dlm 10 minit baru 2 kali, selama 20 saat. Dr pengalaman dan congakkan aku, aku rasa ni mesti br 3 cm. Aku kejutkan abg di sebelah. Dia bertanya, nak pegi hospital ke? Aku kata, sakit ni boleh tahan lagi. Tunggu dulula. Aku pun pergi ke tandas, terasa nk buang air. Selepas itu kembali semula ke kamar dan cuba utk tidur. Sakit tu dtg lagi. Namun sekejap je. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Tiba2 POP! Terkejut suamiku lantas bangun dr katil. "Air apa tu?" Alamak ketubanku pecah.... "Abang kita kena pergi ke hospital skrg juga" Saat itu juga aku terasa nak meneran spt nak buang air besar. Suamiku panik lalu pergi mengejutkan mak aku drp tidur, Aku pula dah basah kuyup. Aku tahu, aku tak boleh teran. Nanti terbesalin kat rumah. Aku menarik nafas dlm2. Aduh perasan nak teran tu cukup menekan aku!!. Mak aku dtg, menukar pakaianku ke pakaian yg kering dan bersih. Mak pun panik, dia suruh aku bertenang dan cepat2 naik kereta. Suamiku mmg dah tunggu dlm kereta dah. (Beg dan buku merah yg aku mmg dah sediakan drp awal langsung terlupa nak ambil akibat semua panik!) Nasib baik rumah ke hospital hanya ambil masa 3-4 minit je. Sesampai ke hospital staff aku kelam kabut menolak kerusi roda ke arahku. Tenrnyata aku takboleh berjln. Bukan sbb sakit, sbb aku tak tahan nak teran... Sesampai di katil dewan bersalin aku berkata aku dah nk teran. Staff nurse ku tak percya (maklmla kandungan pertama, mana boleh cepat) dia menyuruhku tarik nafas dan jgn teran sbb takut bengkak. "Alamak, kak saya takleh nak tahan lagi dah, dah tahan dari rumah lagi tadi." Aku pun mengangkat kaki dan staff nurseku terkejut bila nampak kepala bayi dah kat situ. Kelam kabut dia. ALhamdulillah sekali teran, aku selamat melahirkan sorg bayi perempuan comel 2.49kg tepat jam 2.58 pagi.

Hasrat suami yg ingin meneman dan melihat proses bersalin tak tercapai sbb kejadian itu berlaku dgn begitu cepat. Namun aku bersyukur sbb semuanya berjalan dgn baik.